Pada tahun 2021, fenomena Korean Wave semakin mendominasi aktiviti di Twitter dengan jumlah ciapan sebanyak 7.08 billion di seluruh dunia.
Malaysia mendapat kedudukan ketujuh daripada 20 buah negara yang membuat ciapan terbanyak mengenai K-pop dan BTS merupakan kumpulan yang tertinggi diciapkan di laman Twitter di Malaysia.
Selain Malaysia, Penyanyi lagu Blood,Tears and Sweat ini juga mengungguli takhta sebagai artis paling tinggi diciapkan secara global.
68 juta ciapan disumbang dari seluruh dunia menerusi persembahan BTS, Permission To Dance On Stage Los Angeles.
Kelab peminat BTS di Malaysia yang menggelarkan diri mereka sebagai BTS Army Malaysia, bukan sahaja hebat di media sosial malah mereka juga aktif dalam aktiviti kemanusiaan.
Kumpulan peminat ini aktif melibatkan diri mereka dalam misi bantuan banjir yang melanda negara pada Disember tahun lalu.
Lebih membanggakan, peminat lagu Idol ini berjaya mengumpul dana sebanyak RM10, 747.48 untuk disalurkan kepada mangsa banjir.
Juara bagi negara yang membuat ciapan terbanyak mengenai K-pop disandang oleh Indonesia, mengalahkan negara Korea sendiri tempat lahirnya Korean Wave.
Sekadar info, BTS memenangi anugerah Artist Of The Year 2021 di majlis anugerah muzik berprestij MAMA 2021 tahun lalu. – BOOM!