Rasanya sudah sekian lama tidak mendengar khabar berita mengenai seorang penyanyi muda yang sebelum ini gigih memperjuangkan genre adunan pop dan dangdut atau popdut.
Disebabkan keunikan jalur muzik dipertaruhkan termasuk menyuntik elemen K-pop, namanya mudah diingati biarpun tiada satu pun lagu nyanyiannya boleh dibanggakan.
Jujur kalau diikutkan, si penyanyi berkenaan bukanlah popular mana, cuma suam-suam kuku sahaja. Namun dalam kalangan penyanyi dangdut, pasti mengenalinya, malah dia juga sering muncul menerusi beberapa lagu duet dan album kompilasi.
Akan tetapi, entah di mana silapnya, nama penyanyi dimaksudkan tetap tidak meniti di bibir peminat industri seni muzik tempatan.
Begitulah yang dinamakan nasib, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Diakui, dua tiga tahun kebelakangan ini malahan sebelum pandemik melanda, sudah lama tidak melihat kelibatnya.
Maklumlah, industri muzik pun lumpuh dek kekangan syarat menetapkan tiada sebarang acara persembahan secara terbuka dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Walaupun begitu, baru-baru ini kedengaran satu berita yang cukup mengejutkan mengenai si penyanyi lelaki berperwatakan lembut itu. Khabarnya, si penyanyi masuk penjara apabila terjerumus dengan najis dadah dan baru saja dibebaskan baru-baru ini.
Menurut sumber terdekatnya, serbuan dilakukan di rumah selepas ibunya membuat laporan polis kerana sudah tidak tahan melihat kelakuan si anak asyik lalok dan selalu bawa lelaki ke rumah.
Malah dengarnya, ketika diserbu pihak berkuasa, si penyanyi berada dalam keadaan bogel bersama seorang lelaki. Astaga!
Seorang teman pernah melawatnya ketika berada di penjara. Selain terkejut mendengar si penyanyi disahkan positif HIV, namun lebih menakutkan melihat kelakuan jelek si penyanyi yang seperti ‘masuk air’ dan makin menjadi-jadi.
Bukannya nak insaf mengenang keadaan diri yang positif HIV, malahan dia berbangga jadi rebutan dan pemuas nafsu banduan-banduan dalam penjara.
Aduhai, betul-betul ‘mereng’ dah ni. Sebab itulah, rakannya menganggap si penyanyi sudah tidak siuman. Kalau otaknya masih waras, masakan sanggup bersikap begitu.
Apapun, doakan yang baik-baik. Ini mungkin ujian besar buat si penyanyi, namun, kita tidak tahu Allah mungkin beri hidayah atas satu doa paling mustajab dalam sekelip mata. – BOOM!