Komposer dan bekas anggota kumpulan VE iaitu Damian Mikhail menegur pemuda yang pernah menghina penampilan Allahyarham Adibah Noor pada Isnin lalu.
Menerusi syot layar di IG Story, lelaki biadab yang dikenali sebagai Ibnu Ahmad Ar-Rayyan itu tampil membuat permohonan maaf, sekali gus kesal atas perbuatannya.
View this post on Instagram
A post shared by Damian Mikhail ???????? #theseets (@damianmikhailmusic)
“Di sini saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada seluruh ahli keluarga Adibah Noor khususnya dan juga rakyat Malaysia terhadap komen saya di entri Facebook Harian Metro tempoh hari.
“Diakui perkara ini disebabkan kejahilan saya sendiri dan amat kesal dengan kekhilafan saya.
“Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi di masa hadapan, insya-Allah,” pintanya.
Memberi respons berhubung permohonan maaf pemuda terbabit, Damian lantas memuat naik status ‘pedas’.
“Ok. Dia dah minta maaf. So saya akan turunkan post saya. Lain kali nak komen pakai otak ye.
“Mudah-mudahan betul-betul bertaubat dan dimaafkan Allah SWT dan keluarga arwah,” pesan penyanyi kacak berkenaan. – BOOM!