Hasrat gembira untuk menimang cahaya mata bertukar pilu apabila Safwan Nazri memaklumkan bahawa isterinya, Fathin Nur Amalina yang hamil empat bulan mengalami keguguran baru-baru ini.
“Ini ujian paling besar untuk saya dan isteri saya. Rezeki kami untuk dapat cahaya mata yang pertama sampai di sini sahaja.
“Kita jumpa di syurga nanti ya Kaif! Teruskan doa untuk ibu dan ayah okey! Dia (bayi sulung) dah cukup sifat, dah nak masuk empat bulan, comel, sempurna, tapi Allah lebih sayangkan dia!.
“Awak (isteri) memang hebat dan wanita yang sangat kuat! Saya dapat tahu benda ini terjadi ketika saya sudah sampai di Turki,” katanya.
Safwan turut berkongsi video rakaman upacara pengebumian dan erti nama bayinya Muhamad Kaif yang membawa maksud kuat semangat.
“Dia semangat untuk hidup, semangat untuk jumpa ibu dan ayahnya, tetapi perancangan Allah itu lebih sempurna.
“Isteri saya lalui perkara ini seorang diri dengan keluarga tanpa suami. Ya Allah, hebatnya awak sayang! Kita lalui ujian ini sama-sama okey.
“Muhamad Kaif, awak sentiasa anak kami. Terima kasih temankan ibu selama ini, Kita jumpa nanti okey,” akhirinya.
Untuk rekod, pasangan berkenaan berkahwin pada 4 Mac lalu selepas hampir sembilan tahun perkenalan.- BOOM!