Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan komedi adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).
JKM dalam kenyataan malam tadi memaklumkan kenyataan itu dibuat berdasarkan semakan rekod Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (Smoku).
“Pihak media diminta untuk mendapatkan pengesahan daripada JKM terlebih dahulu bagi memastikan perkara yang dilaporkan adalah sahih,” tegasnya.
Terdahulu, tular infografik di laman media sosial mendakwa Siti Nuramira seorang pemegang kad OKU.
JKM berharap laporan tersebut diperbetulkan segera oleh pihak berkaitan bagi mengelak salah faham dalam kalangan masyarakat terutamanya bagi menjaga sensitiviti golongan OKU.
Pada 13 Julai lalu, Siti Nuramira, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas kesalahan yang didakwa dilakukan di Restoran Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Kejadian menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam itu berlaku pada 6 petang, 4 Jun lalu. – BOOM!