Tular satu rakaman memaparkan individu lelaki memberi bayi mengisap elektronik rokok atau vape semalam.
Selain menerima pelbagai reaksi daripada netizen, pelakon Josiah Hogan tampil meluahkan rasa berang menerusi akaun Instagram miliknya.
“Bodoh itu minta tolong simpan! Jangan bangga dengan kebodohan, bayi itu paru-paru dia kecil lagi,” tulis pelakon KL Vampires itu.
Dalam perkongsian sama, Josiah atau nama penuhnya Josiah Padilla Hogan, 35, turut mendoakan kesihatan bayi itu semoga sihat walafiat.
Pada sama Josiah juga berharap agar ibu bapa bayi tersebut sedar dengan perbuatan yang dilakukan tidak wajar.
“Aku doakan bayi itu sihat sejahtera dan aku harap mak bapa dia sedar secepat yang mungkin. Aku marah betul ini,” katanya lagi. – BOOM!