Khabar mula bertiup kencang kononnya pelakon yang cukup terkenal dengan watak Mak Leha iaitu Liza Abdullah sudah berkahwin sejak dua minggu lalu.
Empunya diri bagaimanapun tegas untuk mengunci mulut dan enggan menjawab soalan yang dianggap terlalu peribadi.
“Tak payahlah tanya soalan seperti ini, saya dah tua tak perlu jawab semua ini. Biarlah rahsia.
“Lagipun banyak hati yang saya nak jaga termasuk keluarga dan anak saya,” katanya ketika ditanya wartawan Melodi yang menemuinya di sebuah acara di Johor Bahru.
Liza berkata, hal seperti itu tidak akan dijawab olehnya namun dia tetap melayan pertanyaan dengan baik.
“Orang datang cara baik saya layan baik tak baik pun saya layan baik,” katanya.
Pelakon watak antagonis 7 Hari Mencintaiku itu membiarkan persoalan berkenaan terus menjadi teka teki tanpa sebarang jawapan.
Liza pernah berkahwin dengan Zolkifli Abdul Rahman pada 1988 namun berpisah pada 2014.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. – BOOM!