Anak gadis kepada pelakon popular Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona terus menjadi perhatian warganet apabila baru-baru ini sempena sambutan Halloween dia dilihat memakai kostum yang disifatkan terlampau seksi.
Kerana itu, ramai yang tidak senang melihatnya tampil sebegitu sehinggakan Leona yang kini berada di England untuk menyambung pengajian itu menerima kecaman teruk khalayak.
“Hujung minggu Halloween dimanfaatkan sepenuhnya. Anugerah kostum paling ringkas jatuh kepada…” tulis Leona dalam entri dimuatnaiknya.
Menerusi hantaran di Instagram itu, gadis berusia tahun itu berkongsi beberapa keping foto menggayakan tiga pakaian berbeza.
Rata-rata pengguna Instagram berpendapat bahawa Leona terpengaruh dengan budaya Barat lantaran keberadaannya di luar negara sekarang ini.
“Tema hantu ke porn star ni? Atau hantu porn star?”
“Bukan ke orang Islam haram sambut Halloween? Lupa pula, duduk luar negara kan, bebas!”
“Ikut sangat budaya barat. Islam dah larang sambut Halloween, tetapi nak sambut juga. Mudah terpengaruh!” memetik kata-kata warganet di ruangkan komen perkongsian tersebut.
Bagaimanapun, Leona dilihat langsung tidak mengendahkan kritikan dan kutukan diterimanya, bahkan meneruskan rutin hariannya seperti biasa termasuklah mengemas kini entri terkini. – BOOM!