Perkongsian Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian ramai apabila bakal muncul dengan single terbaru berduet dengan penyanyi rap Caprice.
Menerusi posting tersebut, usahawan kosmetik itu dilihat sedang melakukan perbincangan dengan Caprice di sebuah studio rakaman.
Aliff turut mengatakan pasti ramai yang tidak sabar untuk mendengar suaranya serta mengakui dirinya penyanyi nombor satu.
“Komen jujur please suara saya merdukan.. pasti ramai yang tak sabar nak dengar suara penyanyi nombor satu beraksi,” tulisnya.
Menerusi IG Story, Aliff telah berkongsikan beberapa video di sebalik tabir pembikinan video muzik lagu berkenaan.
Terdahulu, Caprice memuji lagu Swipe nyanyian Alyph duet bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sehingga menjadi fenomena di media sosial.
Caprice turut mengajak Aliff untuk berduet, namun memberikan syarat meminta agar tiada adegan ‘menyotong’ jika ingin berkolaborasi dengannya. – BOOM!