Pengarah dan pelakon Michael Ang disuruh diam oleh pengikut di laman sosial Instagram (IG) gara-gara menyifatkan perlawanan akhir Piala Dunia 2022, Argentina menentang Perancis sebagai program komedi.
Menerusi potongan video dikongsi Michael di IG, kedengaran suaranya mempertikai perlawanan akhir malam tadi sebagai yang terbanyak mempunyai sepakan penalti.
“World Cup tahun ni macam comedy show! Sekejap-sekejap penalti, apo? Best comedy show ever!,” katanya.
Mungkin Michael tidak menganggap kata-kata tersebut sesuatu yang serius, namun sebaliknya bagi peminat bola sepak.
Di ruangan komen rata-rata pengikut mengecam Michael dan memintanya diam jika tidak tahu mengenai sukan bola sepak.
“Tak tahu pasal bola tapi acah hero, tin kosong!”
“Lebih baik diam daripada bercakap.”
“Dia acah tahu pasal bola, tapi….”
“Kau tu yang komedi, semua benda nak pertikaikan. Kalau tak ada ilmu pasal bola diam-diam je la!”, antara komen ditulis netizen.
Tambah netizen, perlawan akhir malam tadi adalah yang paling epik dan mengujakan, namun Michael pula beranggapan sebaliknya.
Terdahulu, Argentina muncul juara Piala Dunia Qatar 2022 selepas menundukkan juara bertahan Perancis melalui penentuan sepakan penalti 4-2 di Stadium Lusail, Doha, awal pagi tadi. – BOOM!