Beberapa jam lalu, pelakon Aedy Ashraf memuat naik beberapa keping foto dan video percutiannya di laman sosial Instagram.
Foto Aedy tanpa pakaian mendedahkan bentuk tubuhnya yang sado dan berseluar pendek paras peha sambil memegang papan luncur air menjadi perbualan netizen.
Tinjaun BOOM! di ruangan komen mendapati ramai yang menegur seluar dipakai Aedy yang dilihat terlalu ketat sehingga menampakkan bahagian badan yang tidak sepatutnya.
“Mata aku sakit ke ni, atau seluar dia macam macam tu?” komen seorang pelayar.
Ada juga yang meninggalkan komen nakal pada foto tersebut.
Lebih dasyat lagi apabila foto-foto Aedy juga telah dimuat naik oleh individu tidak bertangjawab di akaun Twitter tidak senonoh.
Bagaimanapun, ini bukanlah pertama kali foto seksi Aedy menjadi perbualan netizen.
Aedy juga pernah mengeluarkan kenyataan tidak kisah jika ada netizen yang tidak senang duduk apabila sering berkongsi foto mendedahkan tubuh di IG.
“Setiap apa yang kita lakukan, mesti mahu lihat hasilnya. Jadi itulah cara saya. Apa yang dipaparkan di laman sosial saya adalah diri saya sebenar”, katanya.
Bagi Aedy, itulah cara dia menghargai penat lelahnya bersenam di gimnasium untuk mendapatkan tubuh impian seperti sekarang.
Difahamkan Aedy kini sedang bercuti di Cherating, Pahang dan menghabiskan masanya dengan melakukan sukan luncur air.
Dalam pada itu, pengikut di IG turut menasihati Aedy supaya berhati-hati ‘bermain air’ ketika musim monsun ini. – BOOM!