Pelawak terkenal, Shuib Sepahtu dilihat membawa anak-anaknya menziarahi pusara isterinya iaitu Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sempena hari lahir arwah pada 15 September.
Ia merupakan kali pertama anak-anaknya menjejakkan kaki di pusara ibu mereka sejak pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos yang lalu akibat jangkitan virus Covid-19.
Perkongsian Shuib di akaun rasmi Instagram nyata mengundang sebak dalam kalangan warganet yang tersentuh melihat momen pilu itu.
“Sayang, hari ini I dengan anak-anak sambut birthday you di rumah baharu you. Insya-Allah, walaupun berbeza suasana, I tahu you ada dengan kami, rasa cinta yang sama,” tulis Shuib pada bahagian kapsyen.
Sementara itu, di ruangan komen, para rakan selebriti serta ribuan warganet begitu tersentuh dengan perkongsian Shuib tersebut.
Ramai antara mereka menitipkan doa buat arwah serta mendoakan semoga Shuib tabah membesarkan anak-anaknya.