Sejak Syamsul Yusof mengakui sudah memperisterikan Ira Kazar pada Jumaat lalu, ramai yang turut merasai kekecewaan dialami Puteri Sarah.
Ia termasuklah penerbit dan pemilik syarikat produksi Pencil Pictures & Records, Datuk Ayu Puteh yang mengakui sudah lama mengetahui hubungan antara Syamsul dan Ira.
“Saya memang rapat dengan Ira dan dia selalu menceritakan masalah dihadapinya ketika bersama Syamsul.
“Ira pernah cakap, dia tak terfikir nak ganggu suami orang, tetapi dah terlanjur cinta.
“Malah, dia pernah minta putuskan hubungan dan suruh Syamsul pulang ke rumah, kembali semula ke pangkuan isteri serta anak-anaknya.
“Namun, Syamsul cuma berdiam diri, enggan komen apa-apa,” dedahnya.
Ayu juga menjelaskan sebab utama Ira selama ini hanya diam tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan biarpun hampir setiap hari dirinya menjadi bualan panas.
“Dia tutup mulut sebab Ira sedar kedudukannya. Sejujur mana pun kata-katanya, dia tetap akan dipersalahkan.
“Manalah ada orang suka wanita dilabel sebagai penyondol laki orang?” soalnya bercerita hal sebenar.
Biarpun mendedahkan dirinya rapat dengan Ira, namun Ayu menegaskan tindakannya bukan bererti memberi sokongan terhadap anak Kazar Saisi tersebut.
“Saya bukan nak menyebelahi sesiapa. Salah tetap salah. Tak cakap pun tindakan Ira itu betul.
“Anak saya pun takkan bagi dia kahwin dengan suami orang, yang bujang berlambak! Saya pun boleh dapat orang bujang dan muda,” tegasnya.
Ayu berpendapat, tiada sesiapa pun inginkan situasi seperti ini dalam hidup mereka. – BOOM!
Sumber: Utusan Malaysia | SITI ATHIRAH DZULKIFLY