Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri akui teruja menanti kelahiran anak keenamnya tida lama lagi.
Aliff Syukri ketika ditemui BOOM! berkata, kandungan isteri Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kini sudah mencecah sembilan bulan dan hanya menunggu hari untuk melahirkan.
Bagaimanapun usahawan kosmetik popular itu mengambil keputusan untuk tidak berkongsi mengenai jantina anaknya itu.
“Insya-Allah bila-bila masa sahaja anak kami yang ke-enam akan dilahirkan, saya teruja menanti kehadiran dia. Tetapi jantinanya kami rahsiakan dulu sebab nanti tak surpriselah!,” katanya.
Sementara itu Nur Shahida kongsi Nur Shahida, kehamilan kali ini dia mengalami alahan teruk dan mudah rasa penat hingga jarang berkongsi perkembangan semasa di media sosial.
“Di awal kehamilan saya mengalami alahan teruk dan kandungan juga agak ‘fragile’ jadi selama empat bulan pertama saya banyak berehat dan bergerak pun menggunakan kerusi roda.
“Doktor nasihatkan supaya saya banyak berehat, lagi pun saya cepat penat, rasa malas pun ada. Faktor usia agaknya.
“Kalau ada yang perasan saya sekarang jarang mengemaskini perkembangan terkini di media sosial. Apa yang dimuat naik pun gambar atau video lama,” katanya.
Pasangan itu berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah selain turut menjaga seorang anak angkat.- BOOM!