Juri program realiti Famili Duo, Mas Idayu menerima kecaman hebat daripada netizen selepas mengkritik nyanyian Sissy Iman dan Naim Daniel malam tadi (Ahad).
Menerusi konsert minggu keenam, Sissy dan Naim menyanyikan lagu Jampi dalam genre keroncong, namun gagal menambat hati juri.
BACA: [V] Akui Nyanyiannya Teruk, Sissy Iman Mohon Maaf – “Saya Tak Sedar Telah Menyakiti Ramai Orang”
Memberi komen usai persembahan, Mas Idayu dalam nada marah memberitahu kepada Naim dan Sissy bahawa nyanyian mereka tidak sedap didengar.
BACA: Bob Yusof Puji Idea Sissy Dan Naim – “Mereka Mampu Keroncongkan Lagu Pop, Itu Pun Dah Bagus”
Menurutnya, sejak awal hingga akhir persembahan, nyanyian pasangan duo itu kedengaran kasar.
@boom.malaysia Mas Idayu tegur tanda sayang, dan untuk memperbaiki kelemahan nyanyian Sissy dan Naim Daniel. #trending #viral #boommalaysia #masidayu #sissyiman #naimdaniel #familiduo #tv3malaysia #entertainment #kontroversi #hangat #panas #fyp #foryoupage ♬ original sound – Boom! Malaysia
Justeru, teguran yang disampaikan dalam nada keras itu mengundang kemarahan netizen yang menganggap tindakannya sebagai melampau.
Mereka juga meluahkan rasa tidak puas hati dengan komen juri berkenaan dan menyifatkan penyanyi dangdut itu bersikap tidak profesional.
“First time tengok Famili Duo just for fun. Tapi Mas Idayu marah-marah peserta pula. For me, to be a good judge, you need to be professional and at least kalau nak critic pun, jangan malukan orang!
@boom.malaysia Kesian Sissy… tak apa, jadikan satu pengalaman dan pengajaran… #sissyiman #masidayu #familiduo #boom #boommalaysia #trending #viral#fyp ♬ original sound – Boom! Malaysia
“Mak aku marah betul tengok Mas Idayu ni marah-marah tengking duo Naim Daniel dan Sissy Iman. Kesian budak-budak tu mak cakap. Sampai menangis Sissy.
“Seriously tak paham bila orangg panggil Mas Idayu jadi juri. Dia versatil pun tidak. Nyanyi satu genre je, tapi dia punya marah kutuk peserta macam bagus sangat. Cuba bagi dia try lagu genre lain tengok hauk ke tidak?” memetik komen beberapa warganet.
Terdahulu, Sissy dilihat gagal menahan rasa sedih lalu mengalirkan air mata ketika siaran langsung sebaik dimarahi Mas Idayu.
Malah, ketika hos Janna Nick meminta penyanyi berkenaan memberikan komen mengenai persembahannya sepanjang enam minggu ini, Sissy tidak dapat meneruskan kata-kata dan terus menangis. – BOOM!