Ibu kepada Shila Amzah, yakni isteri penyanyi dan pelakon ND Lala iaitu Fauziah Sarman pada pagi Rabu telah memuat naik satu hantaran di Instagram dengan kapsyen yang mencetus tanda tanya warganet.
Menerusi hantaran tersebut, Fauziah seolah-olah sedang menzahirkan tentang rasa hatinya.
BACA: Sibuk Kemas Rumah Ibu Bapa Dinaiki Banjir, Shila Amzah Tak Sengaja Terdedah Fail Tuntutan Cerai
“Jika sekiranya diam itu bijak, lakukanlah, tetapi ketika bijak itu diinjak, bicaralah!” luahnya diikuti tanda pagar #Allahtaktidur dan #alhamdulillahforeverything.
Susulan itu, ada yang beranggapan bahawa kata-kata Fauziah itu berkait rapat dengan gosip artis lelaki era 80-an yang didakwa berpoligami.
BACA: Penyanyi Popular Diam-diam Tambah Isteri, Majlis Pernikahan Berlangsung Secara Rahsia
Namun, ada juga segelintir netizen yang berpendapat ia cuma luahan biasa, sekadar peringatan kepada diri sendiri memandangkan pada hantaran sama, Fauziah turut berkongsi fotonya bersama ND Lala di sisi.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang mendoakan agar rumah tangga pasangan berkenaan kekal bahagia.
Isnin lalu, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia.
Difahamkan isteri baharunya itu masih muda dan mempunyai perbezaan usia yang jauh dengan artis senior terbabit. – BOOM!