Isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, mendedahkan dia kini hamil sedang hamil 10 minggu.
Nurul Shuhada mendedahkan perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Khamis.
Bagaimanapun kata Nurul Shuhada, dia perlu terus kuat berjuang walaupun berdepan pelbagai dugaan dan cabaran.
“Saya dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang dihadapi sekarang. Saya kena kuat untuk terus jaga Humairah, Umar dan sekarang termasuk anak dalam kandungan.
“Saya tidak boleh mengambil ubat hospital bagi menangani tekanan yang dialami kerana halangan terbesar ketika ini adalah kandungan masih awal. Saya takut ia akan memberi kesan kepada bayi masih dalam kandungan. Sekarang saya kena kuat berjuang tanpa ubat,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Nurul Shuhada turut mendedahkan dia jatuh pengsan ketika menjalani pemeriksaan di hospital kerana badannya lemah.
Dia juga bimbang sekiranya masalah tekanan yang dihadapi akan memberi kesan kepada anak-anak dan orang sekeliling.
“Tadi (semalam) di hospital saya jatuh pengsan. Doktor minta saya berbuka puasa kerana bimbang membahayakan kandungan. Saya termenung serabut, air mata tak henti mengalir.
“Saya betul-betul takut. Saya tanya pada diri sendiri adakah mampu menghadapi ini. Saya mahu terus kuat untuk anak-anak. Saya mahu melihat anak-anak membesar depan mata,” katanya.
Shuhada juga mengakui laporan berita mengenai seorang wanita dalam pantang yang menikam leher sendiri baru-baru ini turut mencetuskan rasa takut dalam diri.
“Saya ada baca tadi kes mak berpantang yang tikam leher sendiri sebab terkekan, benar-benar takut.
“Kemudian tanya diri sendiri, mampukah saya hadap perjalanan ini. Saya nak terus sihat untuk Humairah, Umar dan adik (kandungan).
“Saya perlu kuat sebab nak lihat anak-anak membesar di depan mata dan kita susah senang bersama,” katanya lagi.
Dalam pada itu Shuhada berharap agar dirinya diberi kekuatan untuk menghadap hari-hari mendatang.
“Semua yang berlaku, saya terima walaupun payah nak telan termasuk dihina, dimaki, dikhianati, ditipu, dikasari dan kena hadap segala perjalanan dan dugaan yang ada ketika ini.
“Sempena malam-malam akhir Ramadan ini, Allah kurniakan pelangi untuk setiap ujian dilalui,” ujarnya lagi.
Nurul Shuhada yang kini berdepan konflik rumah tangga dengan Hafidz mendakwa suaminya itu pernah melafazkan cerai menerusi WhatsApp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari lalu.
BACA: Kes Cerai Hafidz Roshdi Dan Isteri Mengikut Seksyen 57 Di Mahkamah Shah Alam Esok
Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan berkenaan masih belum berakhir apabila Shuhada mendakwa Hafidz pernah melafazkan talak kepadanya menerusi mesej pesanan WhatsApp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari 2023.
Susulan daripada itu, kes tuntutan pengesahan lafaz cerai dibuat Hafidz terhadap Shuhada ditangguhkan selepas sambutan Aidilftiri.
Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah ialah Umar. – BOOM!