Pelakon Zulin Aziz mengesahkan dia dan suami, Farhan Norzaini sudah berbaik semula dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.
Zulin menerusi hantaran di Instagram (IG) berkata dia dan suaminya mahu mencuba memperbaiki masalah rumah tangga mereka.
“Berkat doa semua, kita cuba lagi. Kita boleh jadi lebih baik dari sebelum ini. Kita bagi peluang dan ruang.
“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Terima kasih mendoakan kami, ujian ini sangat berat tapi hikmah dia sangat indah. Alhamdulillah,” tulisnya.
Menerusi hantaran lain di IG Story Zulin berkata dia menganggap ada hikmah yang berlaku di sebalik dugaan yang berlaku.
Zulin turut mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan hubungannya dan suami kerana mereka hampir berputus asa dan sudah membuat keputusan mahu berpisah.
Dalam pada Zulin berkata, dia memaafkan semua pihak yang melemparkan kata-kata negatif terhadapnya.
Di akhir kata, Zulin sempat berseloroh mahu masak rendang bersama suami.
Terdahulu, Zulin memberi bayangan rumah tangganya dengan Farhan Norzaini yang berusia 14 bulan seperti tidak dapat dipertahankan lagi.
Lebih menimbulkan tanda tanya pengikut, luahan itu diiringi foto majlis pernikahan Zulin dan Farhana pada 20 Februari tahun lalu.
Tindakan itu seolah-olah memberi bayangan berlaku sesuatu dalam hubungan rumah tangganya.
Susulan luahan itu, Zulin juga ada menyatakan tiada sebab untuk berkongsi perkara itu hanya kerana mahu mencari publisiti murahan. – BOOM!