Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi tampil memberi jawapan balas selepas dituduh sengaja menggugurkan kandungan anak ketiga, oleh suaminya baru-baru ini.
Nurul Shuhada memaklumkan perkara tersebut menerusi Instagramnya dan meluahkan rasa syukur siasatan polis sudah selesai.
Menurut Shuhada, tidak ada sebarang pertuduhan terhadapnya sekali gus membuktikan segala tuduhan Hafidz terhadapnya tidak benar.
“Alhamdulilah. Siasatan dah selesai. Tak ada kes. Ada beberapa laporan polis dibuat terhadap saya untuk isu keguguran ni. Biasanya orang buat laporan tujuannya hendak polis ambil tindakan dan tangkap.
“Bila tak ada kes, maknanya tuduhan Hafidz kata saya tak jaga baik-baik (kandungan) dan konon-konon sengaja adalah tak betul dan tak tepat.
“Bukan takat satu laporan, lebih. Entah apa niatnya? Saya ni dah sampai tahap reda saja,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan menerima dua laporan daripada Hafidz berhubung dakwaan keguguran kandungan Nurul Shuhada pada April lalu.
Hafidz membuat laporan pada 17 April dan 6 Mei lalu dan mendakwa menerima mesej WhatsApp daripada Nurul Shuhada yang meminta izin untuk menggugurkan kandungannya.
Dalam pada itu, Nurul Shuhada mendakwa dia mempunyai bukti kukuh iaitu laporan doktor yang mengesahkan keguguran yang dialaminya itu disebabkan oleh tekanan.
INFO: [V] Kandungan 14 Minggu Gugur, Isteri Hafidz Roshdi Didakwa Sengaja Jalani Pengguguran Haram
“Tak apa. Ada laporan doktor yang saya keguguran akibat tekanan. Saya ada bukti laporan perubatan keadaan saya dan macam situasi yang dia letakkan sebabkan saya alami tekanan. Biar bukti yang sokong saya dan bukan skrip yang dia reka,” katanya yang turut mendakwa Hafidz tidak faham dengan situasi dialaminya.
Nurul Shuhada turut kesal dengan sikap suaminya yang tidak pernah bertanya khabar mengenai kandungannya sebelum mengalami keguguran, malah sudah beberapa bulan tidak membayar nafkah anak-anak.
Sebelum ini, Hafidz dan Shuhada hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam untuk sebutan pengesahan lafaz cerai tetapi ia ditangguhkan ke 20 Jun depan. – BOOM!