Daqmie bukanlah nama asing dalam industri muzik tempatan. Bukan sahaja seorang penyanyi, bahkan turut bergelar komposer.
Kali terakhir melancarkan produk seni pada 2016 menerusi album Budi dan kini bekas ahli Barongan itu kembali semula mempertaruhkan sesuatu yang berbeza.
“Album ini dinamakan Kasih & Rindu Aura Rezeki. Ia sebuah projek khas jalinan bersama pengasas jenama Aura Rezeki iaitu Julinda Miswan atau mesra disapa JM.
“Menariknya, kesemua 10 buah lagu yang dimuatkan adalah karya baharu tanpa perlu risau soal hak milik,” katanya ketika majlis pelancaran Sabtu lalu.
Selain itu, Daqmie atau nama sebenarnya Azmee Abdul Manap, 50, memberitahu, proses rakaman album digital tersebut dilakukan di studionya, Daqmie Music Factory, manakala kerja penyuntingan di Rumie Music Lab (RML).
“Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan dan telah sedaya upaya memberikan hasil terbaik demi menjayakan kolaborasi ini.
“Tambah unik, setiap pembelian turut disertakan hadiah berupa produk garam mandian diadun bauan istimewa keluaran Aura Rezeki.
Sementara itu, JM yang juga CEO JMV Global Sdn. Bhd. amat berpuas hati menerima idea diterjemahkan Daqmie kerana selari dengan produk syarikatnya.
“Dia sangat kreatif. Sebab itu saya setuju bekerjasama memandangkan kedua-dua pihak peroleh manfaat,” katanya.
JM menjelaskan, para peminat yang ingin membeli album berkenaan boleh membuat tempahan awal di platform Instagram @aurarezekimalaysia.
Senarai tajuk 10 lagu yang terdapat dalam album Kasih & Rindu Aura Rezeki:
01. Doa Pagi Dan Petang
02. Doa Ibu Bapa
03. Subhanallah
04. Alhamdulillah
05. Lailahaillallah
06. Allahu Akhbar
07. Selawat Dan Salam
08. Kasih Yang Di Rindu
99. Rahmatal Lil Alamin
10. Keluarga Aura Rezeki