Pelakon Shasha Abedul berkongsi berita gembira apabila sah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya pada 11 Januari.
Menerusi hantaran di media sosial, Shasha tampil anggun mengenakan busana berona putih sepanjang majlis berlangsung.
Beliau turut meluahkan rasa syukur dengan ikatan ini sambil berharap agar hubungan mereka kekal hingga ke jenjang pelamin.
“Hari ini (11 Januari) kami meraikan cinta murni, ikhlas, tanpa syarat dan abadi.
Detik ini menandakan permulaan perjalanan yang indah, berjanji untuk menghargai, menyokong, dan sentiasa bersama.
Cintamu terpancar melalui setiap pandangan, senyuman, dan sentuhan.
Semoga pertunangan ini dipenuhi dengan gelak tawa, kenangan yang tak berkesudahan, dan hubungan yang paling dalam,” tulisnya.
Namun, Shasha memilih untuk tidak mendedahkan wajah mahupun nama jejaka pujaannya buat masa ini.
Sementara itu, ruangan komen dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan para peminat yang turut mendoakan kebahagiaan Shasha dan pasangannya.
Tahniah buat Shasha Abedul atas pertunangan ini! – BOOM!