Pelakon dan penyanyi Alvin Chong baru-baru ini mencuri tumpuan di acara Prada Fashion Week 2025 (Prada FW25) yang berlangsung di Milan, Itali. Alvin, yang berkongsi beberapa momen menerusi TikTok, tidak menyangka dirinya menjadi perhatian peminat antarabangsa di acara fesyen mewah tersebut.
“Saya tak sangka momen ini terjadi kepada saya sewaktu di Milan,” kata Alvin.
@itsalvn__ you guys just made my day. #PradaFW25 #Prada @Prada ♬ original sound – ALVN
Dikenali menerusi lakonannya dalam drama ‘Kerana Cinta Itu Ada’, kehadiran Alvin disambut meriah hingga membuatkan ramai kagum dengan pengaruhnya yang kini menembusi peringkat antarabangsa.
Ruangan komen di media sosialnya juga dihujani pujian daripada netizen yang menyifatkan Alvin layak digelar sebagai artis antarabangsa. Pada usia 33 tahun, Alvin terus membanggakan Malaysia di persada dunia dengan pesona dan karismanya yang tersendiri.
Ini sekali lagi membuktikan bahawa bakat seni tempatan mampu menyerlah di mata dunia, dan Alvin Chong adalah antara contoh terbaiknya. – BOOM!