Pelakon terkenal, Fattah Amin mencuri perhatian ramai apabila berkongsi foto mesranya bersama anak perempuan kesayangan, Nur Fatima Aisya.
Dalam foto tersebut, Fattah dilihat begitu ceria bertemu Fatima, lebih manis lagi apabila Fatima mencium pipinya semasa gambar itu diambil.
“Fatima, jangan bersedih meski tadi Daddy memeluk dirimu sejenak saja, karena yang perlu kamu tahu, hati Daddy memelukmu selamanya,” tulis Fattah di ruangan kapsyen.
Momen pertemuan mereka difahamkan hanya sekejap, namun ia cukup membawa kegembiraan buat peminat Fattah yang membanjiri ruangan komen dengan doa dan kata-kata sokongan.
Terdahulu, Fattah mendirikan rumah tangga dengan Fazura pada 27 November 2017, namun pasangan ini sah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. – BOOM!