Sebahagian harta dan rumah usahawan terkenal Nur Sajat disita atas arahan daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam, sebagai tuntutan bagi RM200,000 berikutan kegagalannya membayar ganti rugi kepada syarikat OWA Resources Sdn Bhd.
Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Wahida Md Nor mengeluarkan perintah rampasan selepas mengesahkan permintaan Nurwati, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 daripada pihak OWA Resources.
Writ rampasan dan penjualan itu dilaksanakan pada jam 10.30 pagi tadi, bertempat di kediaman Muhammad Sajjad Kamaruzaman, 35 yang terletak di Kota Damansara, Selangor.
“Hukuman itu dikenakan gara-gara kegagalan usahawan kontroversi itu melunaskan pampasan setelah gagal dalam rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada April lepas.
Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli yang mewakili Nurwati dan Syakir memberi kenyataan, anak-anak guam mereka perlu mengambil tindakan untuk menyita akibat kegagalan Sajat untuk membayar ganti rugi diarahkan mahkamah.
“Harta yang disita akan dilelong di bawah harga pasaran bagi menuntut pampasan yang perlu dibayar kepada plaintif.
“Andai jumlah daripada hasil lelongan tersebut masih tidak cukup, anak-anak guam akan mengambil langkah seterusnya iaitu menyita aset-aset lain yang boleh dijual,” katanya lagi.
Selepas pemiutang memfailkan kes di pada Oktober lalu, Sajat akan disenaraikan dalam kalangan individu muflis seperti yang dilaporkan media sebelum ini.
Sajat boleh diisytiharkan muflis setelah semua aset termasuk rumah dan akaun bank milik mangsa diuruskan Jabatan Insolvensi susulan perintah bankrap itu. – BOOM!