Pelakon popular, Fizo Omar menamatkan zaman dudanya apabila menikahi bekas pramugari yang berasal dari Sarawak dikenali sebagai Fazeera.
Semalam Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, memuat naik gambarnya bersama anak perempuan, Maryam yang sedang memakaikan butang baju Melayu.
Di bahagian kapsyen pula, Fizo menulis, “Abe Joe left group recond dulu OK,” sekali gus menguatkan spekulasi bahawa dia sudah berkahwin.
Sementara itu, menerusi akaun Instagram milik @fazeeranazriaz, wanita berkenaan didapati telah berkongsi dua keping fotonya memakai pakaian serba putih tanpa ada sebarang maklumat terperinci.
Setelah membiarkan netizen berspekulasi, akhirnya sebuah foto dimuat naik di bahagian Instastory memaparkan pasangan mempelai iaitu Fizo dan isterinya di atas pelamin, secara tak langsung mengesahkan berita pernikahan mereka.
Pasangan sama cantik sama padan itu dikhabarkan telah diijabkabul di sebuah resort di Janda Baik, Pahang.
Pada 2013, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan tudung terkenal iaitu Mawar Karim dan dikurniakan Maryam, namun perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2019.