Selepas Ali Puteh teruja berkongsi mengenai sambal petai dan jering berladonya yang laris, kakak ipar pelawak tersebut, Siti Norhidayah Mohd Ali tampil mengikatkan tentang hutang.
Hidayah menerusi laman sosial Instagramnya, telah memuat naik foto Ali bersama artikel sebuah portal hiburan.
Di ruangan kapsyen, Hidayah menggesa Ali supaya membayar hutang dan tidak buat-buat lupa mengenainya.
“Bagus la tapi duit saya MENANG SAMAN dari 18/02/2022, sampai hari ni dah 2023 belum bayar dan jangan buat-buat lupa ye, dah bulan 8 ni…
“Masih awak tak lagi DUIT SAYA sampai sekarang ye jangan DIAM SAHAJA dan jangan lupa BAYAR!,” katanya.
Hidayah turut mendakwa, kakak Ali juga belum menjelaskan hutang sebanyak RM2,000 selepas kalah saman.
“Awak masih BERHUTANG dengan saya RM76,167.28. Kakak awak MASIH BERHUTANG dengan saya RM2,000, kalah saman, belum bayar dari 2022.
“Berdiam sahaja sehingga la 2023 sudah (habis).Sekarangkan viral tentang orang berhutang kan, so hutang wajib kena bayar,” tegasnya.
Hidayah turut meninggalkan beberapa tanda pagar iaitu, #viralhutangwajibdibayar #Selamainihanyaberdiam #sekarangxbolehdiam #kalaudiamorangpijak #hutangwajibdibayar.
Terdahulu, Ali menerusi laporan media mendedahkan dia kini menampung kehidupan dengan melakukan perniagaan secara online.
Dia turut mendakwa tidak mempunyai tawaran pekerjaan sejak sekian lama. – BOOM!