Pelakon dan pelawak terkenal, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mengesahkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi di Mahkamah Syariah Putrajaya hari ini.
Along dijangka memfailkan kes berkenaan sekitar jam 11 pagi tadi. Ketika dihubungi, pelakon itu mengesahkan perkara tersebut namun enggan mengulas lanjut.
“Saya tiada komen, tapi saya bakal memfailkan pengesahan lafaz cerai secara taklik, hari ini. Kita tunggu episod seterusnya,” katanya ringkas.
Semalam, Along dilihat melakukan sujud syukur di dalam kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen Sepang melepas tanpa membebaskannya (DNAA) daripada pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis yang ditemui di kediamannya di Cyberjaya pada Disember lalu.
Walaupun terlepas daripada tuduhan itu, Along masih berdepan dua pertuduhan lain berkaitan dadah di Mahkamah Majistret Sepang. Mahkamah membenarkannya diikat jamin sebanyak RM5,000 sementara menanti sebutan semula kes. – BOOM!
Sumber: Berita Harian