Penyanyi rap Aman Ra memaklumkan dia kini sudah selamat melangsungkan majlis pernikahan sekali lagi dengan suri hati pilihan hatinya.
Aman Ra atau nama penuhnya Aman Jamaluddin, 35, memuat naik perkongsian itu menerusi akaun Instagram miliknya semalam.
“Assalamualaikum. Dengan rendah hati, ingin saya berkongsi selesai sudah majlis akad nikah kami.
“Doakan yang terbaik, dan terima kasih atas segala sokongan,” luahnya di tuangan kapsyen.
Dalam hantaran tersebut, penyanyi lagu Budak Flat itu turut berkongsi sekeping fotonya yang segak dalam persalinan tradisi rona putih sambil menatap wajah isterinya.
Menerusi pemerhatian di ruangan komen, majoriti rakan kenalan serta selebriti terkenal membanjirinya dengan ucapan tahniah dan semoga berbahagia hingga ke syurga.
Untuk rekod, Aman sebelum ini pernah berkahwin dengan Natiqah Rahmat, 34, namun bercerai pada 5 Ogos tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup Aman dan Nagiqah dikurniakan sepasang cahaya mata yang kini masing-masing berusia 4 tahun iaitu Ratu raiqa dan 3 tahun iaitu Tuah Khalifa. – BOOM!