Pelakon Azhar Sulaiman memohon produksi program realiti Famili Duo supaya berhenti jadikan perkahwinan Fyna Jebat dengan Datuk Zainal Abidin Hassan sebagai bahan jenaka.
Azhar menerusi sebuah hantaran di Instagram juga meminta agar menjaga hati isteri pertama jurulatih berkenaan iaitu Datin Zalina Zaini yang merupakan anak saudaranya.
BACA: Berang Disindir Menerusi Program Realiti TV Punca Isteri Pertama Serang Dan Tarik Rambut Madu
“Dear team Famili Duo, sila elak daripada membuat sebarang lawak atau komen tentang perkahwinan Fyna. You all kena juga jaga hati dan perasaan Datin Zalina Zaini yang juga anak saudara saya.
“Terima kasih team Famili Duo dan TV3,” tulis Azhar pada ruangan komen.
Terdahulu, pada konsert minggu keenam Famili Duo, Janna Nick selaku pengacara telah mengajukan soalan mengenai pengalaman berkahwin kepada Fyna sebaik penyanyi itu bersama kakaknya, Ayda Jebat selesai membuat persembahan. – BOOM!