Pengacara sensasi, Azwan Ali baru-baru ini dalam satu kenyataannya mengakui dirinya disihir oleh seseorang sehingga menyebabkan kaki kanannya timbul kesan tompokan.
Lebih mengejutkan, Azwan mendakwa dia mengenali individu yang menyihirnya yang dipercayai seorang artis wanita veteran berpengaruh dalam industri seni.
“Saya dah berikhtiar sedang merawat untuk membuang ilmu sihir yang dikenakan ke atas saya.
“Tiga bulan saya sakit dan awalnya saya tak perasan pun telah disihir. Ingatkan sakit kaki biasa je.
“Walaupun berat dugaan ini, tetapi saya reda hadapinya,” akuinya.
Enggan mendedahkan identiti sebenar artis berkenaan, Azwan bagaimanapun mengatakan dia semakin sihat berbanding sebelum ini.
Tiga bulan merana, katanya tapak kaki seperti dihunus bilahan senjata tajam setiap hari pada pukul 3 pagi.
“Kesakitan itu berulang setiap hari dan sekarang beransur pulih,” katanya.
Menurut Azwan, dia mengetahui gerangan artis tersebut kerana wajahnya sering muncul ketika solat.
Pun begitu jelasnya, artis terbabit bukanlah seseorang yang berkawan rapat dengannya. – BOOM!