Menerusi IG Story bekas isteri kepada Abu Sufyan atau PU Abu iaitu Hana Azraa mendedahkan dia dan keluarganya kerap diganggu oleh penceramah bebas berkenaan.
Hana memaklumkan dia sudah hilang kesabaran apabila bekas suaminya itu telah menganggu ibu dan kakaknya dengan menghantar mesej kepada mereka.
Pelik dengan tindakan Abu yang sengaja cari fasal meskipun lelaki itu mengakui sangat bahagia bersama isteri baharu seperti yang sering dipaparkan di akaun media sosialnya.
“Hentikanlah sebelum I buka semua cerita sebenar, kesabaran I ada hadnya.
“Kasihan dengan isteri you, digunakan untuk sosial media, tetapi hakikatnya sampai sekarang you kacau keluarga I. Talak tiga dah Abu Sufyan, sudahlah, move on!” tegasnya memberi amaran.
Bukan itu sahaja, rupa-rupanya Hana sudah lama merahsiakan perkara tersebut dan terpaksa mendedahkan kepada umum sekiranya sikap buruk Abu tidak berubah dan melampaui batas.
Katanya, bekas suaminya itu telah mempergunakan adiknya dan berani hadir ke hotel tempatnya menginap ketika ini.
“Tergamak dia perli I di sosial media, padahal masih terhegeh-hegehkan I? Tetap nak ganggu keluarga I terutama ibu.
“Sekarang ni keluarga I pun dah malas nak toleransi dengan manusia macam dia,” ujar Hana berkongsi situasi sebenar kepada umum.
Hana juga berpesan kepada Abu supaya jangan buka aib orang lain, takut di kemudian hari terbuka sendiri punya. – BOOM!