Tiket konsert jelajah dunia Born Pink di Kuala Lumpur pada 4 Mac ini dilaporkan antara yang termahal di dunia.
Harga tiket yang dijual di Malaysia adalah paling mahal sehingga mencecah RM2,300 sekeping sehingga ada yang menganggap ia tidak berbaloi.
Tambahan lagi, kedudukan pentas juga jauh daripada tempat duduk, malah ada juga yang meluahkan rasa bimbang sekiranya kejadian menonton konsert Billie Eilish berulang.
Beberapa pengguna Twitter turut membuat perbandingan harga tiket konsert Blackpink di Malaysia dengan negara lain dan berasa hairan mengapa tiket di negara ini dijual dengan harga cekik darah.
Menerusi laporan Kosmo! tinjauan di media sosial mendapati, harga tiket konsert Blackpink di Seoul, Korea Selatan dalam linkungan RM500 RM900 iaitu lebih murah daripada harga di Malaysia.
Manakala di Abu Dhabi, Taiwan dan Thailand harga tiket paling mahal hanya sekitar RM1,200 hingga RM1,700 sahaja.
Sebagai info, konsert tersebut akan menampilkan anggota Blackpink iaitu Lisa, Jisoo, Jennie, dan Rose.
Blackpink sebelum ini pernah mengadakan konsert pertama di Stadium Malawati, Shah Alam pada Februari tahun 2019 lalu. – BOOM!
Sumber: KOSMO!