Perkongsian terbaru dari pendakwah selebriti, Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen baru-baru ini. Dalam hantaran di Instagram, Dai Syed memuat naik beberapa gambar bersama anak perempuannya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail.
“Sedang cuba jadi Baba terbaik,” tulis Dai Syed di kapsyen.
Hantaran tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam ruangan komen, di mana ramai yang menyatakan kekeliruan dan tanda tanya mengenai status Dai Syed, malah ada yang secara sinis mempersoalkan bagaimana dia boleh berada di luar penjara.
Antara komen yang menarik perhatian termasuk:
“Tak ada yang boleh ganti tempat baba Fatma,” kata Hana Ismail, yang kelihatan memberikan sokongan kepada Dai Syed.
“Nak tunjuk tunjuk je la haih.”
“Dah lepas ke?”
“Boleh eh bagi award best dad ever dekat diri sendiri?”
“Dah dibebaskan ke?”
“Bila masuk balik?”
Sebagai info, pada 30 Ogos lalu, Dai Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol seorang wanita dalam satu insiden lima tahun lalu.
Pada 10 Disember 2020, Dai Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, Shah Alam pada 11 September 2019. Dia didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika disabitkan kesalahan.
BACA: Rogol: Da’i Syed Dijatuhi Hukuman Penjara 10 Tahun Dan Tiga Sebatan
Perkongsian ini nampaknya terus menarik perhatian dan spekulasi dalam kalangan netizen, dengan ramai yang masih berteka-teki mengenai status terkini Dai Syed. – BOOM!