Belum pun cukup 24 jam Syamsul Yusof mengeluarkan kenyataan setelah setengah tahun berdiam diri, Puteri Sarah pula tampil dengan respons berbaur sinikal.
“Dah keluar gua, tapi play victim pula. Tak apa, janji settle, masih ada kelas orang kata,” tulisnya tanpa menyebut nama sesiapa.
BACA: [V] Syamsul Yusof Janji Leraikan Semua Persoalan – “Bezanya, Saya Takkan Aibkan Sesiapa”
Kenyataan tersebut ditulis menantu kepada Datuk Yusof Haslam itu menerusi perkongsian di IG Story hari ini (Ahad).
Sungguhpun tidak menyatakan nama, tetapi penulisan tersebut boleh dikaitkan dengan kenyataan Syamsul yang berjanji akan memberi penjelasan mengenai kontroversi mengaitkan Ira Kazar sebagai orang ketiga penyebab rumah tangga mereka berantakan.
BACA: Syamsul Yusof Saman JAWI RM10 Juta Kerana Sebar Dokumen Perkahwinan Dengan Ira Kazar
Buat masa ini, Sarah dan dua anaknya, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3 masih bercuti di Tokyo, Jepun. – BOOM!