Pempengaruh dan model popular, Ameera Khan, mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen manis bersama kekasihnya, pelakon Indonesia terkenal, Jefri Nichol.
Menerusi hantaran di Instagram, Ameera memuat naik beberapa gambar romantik mereka yang diambil sewaktu berada di Jakarta, Indonesia. Penampilan penuh mesra itu turut disertai kapsyen ringkas.
“LooOOoOoOoveEee ૮( ˶˃ ⤙ ˂˶)っ ♡,” tulisnya.
Namun, perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang memuji kebahagiaan mereka, tetapi ada juga yang menegur hubungan itu kelihatan terlalu intim seperti pasangan baru berkahwin.
“Meera ni nampak sangat sweet dengan Jefri, tapi dah macam gi honeymoon,” kata seorang netizen di ruangan komen.
Ada pula netizen yang memberikan pesanan buat Ameera agar berhati-hati dalam hubungan ini.
“Lelaki berpengalaman ayat dia lain macam tau, tu je aku nak cakap. Sebab diorang dah biasa,” ujar pengguna lain.
Tidak kurang juga yang berharap hubungan pasangan ini akan berakhir dengan kebahagiaan.
“Moga Jefri ni serius dengan Ameera. Kalau betul sayang, teruskan ke fasa seterusnya,” titip seorang peminat.
Walaupun menerima pelbagai reaksi, Ameera kelihatan tenang dan bahagia dengan kehidupannya kini. Adakah hubungan Ameera dan Jefri bakal melangkah ke fasa lebih serius? Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut pasangan romantis ini. – BOOM!