Penyanyi dan pelakon Aiman Tino kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru kerana demam denggi.
Berita tersebut dikongsi ibu Aiman, Hazelina Mat Jalil menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.
Hazelina menerusi ruangan IG Story memaklumkan Aiman mengalami demam denggi ketika sedang menjalani penggambaran di Johor Bahru.
Selain itu Hazelina turut mengucapkan terima kasih kepada rakan suaminya yang sudi masakan sup ketam untuk anak mereka.
“Terima kasih diucapkan kepada sahabat suami, Dek Yan sudi masakan sup ketam untuk anak saya Aiman.
“Semoga dia cepat sembuh… demam denggi memang bagus makan sup ketam,” katanya.
Hazelina juga memuat naik foto penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu sedang berehat di wad di hospital.
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan kesihatan Aiman. – BOOM!