Berita kematian aktres Thailand, Tangmo Nida terus diperkatakan hingga ke hari ini biarpun sudah lebih seminggu insiden tragis menimpa jelitawan itu berlalu.
Berikut adalah empat fakta berhubung kematian Tangmo yang menyebabkan ibunya mahu bedah siasat ke atas mayat dilakukan semula.
1. Seramai 71 Saksi Diperiksa
Memetik laporan Bangkok Post, pihak polis Thailand telah menyoal siasat saksi seramai 71 orang bagi kes kematian Tangmo, termasuk lima individu yang berada atas bot laju dinaiki mangsa pada hari kejadian.
Pemandu bot laju, Phaibooon Rtikanjanamum mengakui kurang mahir mengemudi bot berkenaan yang terumbang-ambing hingga menyebabkan Tangmo terjatuh ke dalam sungai.
2. Bedah Siasat Semula
Ibu mangsa, Panida Sirayootyotin mahu bedah siasat ke atas mayat anaknya dilakukan semula. Permintaan itu disampaikan peguamnya, Krissa Sriboonpimsuay di Balai Polis Muang, Provinsi Nonthaburi pada 7 Mac.
Krissa turut meminta polis Thailand menghubungkannya dengan Bekas Rekrut Am Institut Sains Forensik Pusat, Khunying Porntip Rojasunan bagi menjalankan bedah siasat baharu kerana Panida meragui keputusan pembedahan pertama.
3. Dua Individu Sebagai Defendan
Ketika artikel ini ditulis, pihak polis telah menetapkan pemilik bot, Tanupat dan pemandu, Phaiboon sebagai defendan atas kesalahan pengoperasian kapal tanpa permit yang menyebabkan kematian.
Lt.Gen. Pol Jirapat Phumjit mengatakan bahawa pihaknya belum dapat mengesahkan kecuaian yang menyebabkan kematian Tangmo.
4. Rancangan Untuk Menyimpulkan Siasatan
Jurucakap Polis Thailand, Mejar Jeneral Pol Yingyos menyatakan bahawa berdasarkan bukti dan keterangan saksi, kematian Tangmo adalah disebabkan kecuaian yang membawa maut, bukannya pembunuhan.
Ketua Polis Negara, Jeneral Suwat Jangyosuk telah bertemu dengan penyiasat polis, pegawai forensik dan pihak lain yang berkaitan untuk memuktamadkan kes kematian Tangmo, malah siasatan kes ini juga dijangka akan selesai dalam tempoh terdekat.
Sekian sahaja. – BOOM!