Gara-gara timbul dakwaan mengatakan dirinya sengaja mencipta sensasi, Bella Astillah tampil mendedahkan isi perbualannya dengan pelakon wanita yang dikatakan mengganggu rumah tangganya bersama Aliff Aziz.
“Saya berani cakap sebab ini perkara sahih. Saya tiada perancangan nak memberi komen lanjut.
BACA: Sophia Albarakbah Tidak Profesional, Batalkan Temu Janji Bersama Media Di Saat-saat Akhir
“Akan tetapi apabila Sophia juga mahu beri kenyataan konon tak mahu libatkan satu Malaysia. Jadi inilah sebabnya… tapi ini baru 10 peratus,” memetik entrinya.
Dalam hantaran tangkap layar tersebut, kelihatan Sophia merayu dan memohon maaf atas keterlanjurannya menyukai Aliff.
Bella juga memohon untuk berjumpa dengan orang tua Sophia namun pelakon wanita itu enggan berbuat demikian kerana keadaan kesihatan ibu bapanya yang tidak baik.
BACA: Bergandingan Dengan Suami Orang, Sophia Albarakbah Risau Berlakon Babak ‘Sweet’
Sophia juga dilihat berjanji tidak akan mengganggu Aliff dan ingin ‘menebus’ kesalahannya itu
Terdahulu, Bella ada mendedahkan bahawa seorang heroin telah mengakui menyukai suaminya selepas bergandingan dalam sebuah naskah drama. – BOOM!
cnfm ke laki ko tak layan dia….