Fazura , selebriti terkenal yang berasal dari Pahang, terus mencuri perhatian ramai bukan sahaja dalam bidang seni dan perniagaan, malah juga melalui momen indah bersama anak kesayangannya, Nur Fatima Aisya . Baru-baru ini, satu video di TikTok memaparkan Fazura menyuap makanan kepada anaknya menjadi tular dan mencuri hati netizen.
Video tersebut menonjolkan sisi keibuan Fazura yang penuh kasih sayang, dan rata-rata komen memuji keikhlasan serta ketelusan dalam hubungan ibu dan anak ini.
@fazura.officialstore sweet sangat dua beranak ni semoga yang baik2 buat Fazura dan Fatima #fazura #tudungfazura #fatzura ♬ original sound – Dyssaaa
“Fazura memang seorang ibu yang penyayang. Kagum tengok cara dia urus anak dengan penuh kelembutan,” komen seorang pengguna TikTok.
Bukan itu sahaja, ramai juga memuji bahawa video-video Fazura dan anaknya sentiasa bebas daripada kontroversi, berbeza dengan bekas suaminya yang sering dikaitkan dengan pelbagai gosip nakal.
“Fazura dan anak dia memang classy, tak pernah ada cerita buruk,” tambah netizen yang lain.
Sebelum ini, Fazura bukan sahaja dikenali sebagai pelakon dan penyanyi, malah jenama tudung dan pakaiannya telah mencetuskan fenomena apabila laris di pasaran. Walaupun sibuk dengan keluarga, karier seni, dan perniagaannya, Fazura tetap mengutamakan masa berkualiti bersama anak tersayang. – BOOM!