Nama usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida rasanya bukan asing lagi memandangkan ada saja cerita berkenaan dirinya diperbualkan lebih-lebih lagi tentang masalah jodoh atau pasangan hidup.
Selain ‘dikenenkan’ dengan pelawak dan juga usahawan, Shuib Sepahtu, netizen juga mengatakan yang Vida sesuai dengan pengarah drama terkenal, Michael Ang memandangkan hubungan mereka juga akrab.
Justeru itu, menerusi laporan media, usahawan kosmetik mengulas usul diutarakan netizen yang menyokongnya berkahwin dengan Michael Ang.
Menurut pemilik nama sebenar Hazmiza Othman, 51 itu, dia dan Michael perlu memikirkan banyak perkara sebelum meneruskan hasrat ini kerana kedua-duanya memiliki personaliti berbeza.
“Saya rasa dengan Michael Ang tu kena fikir dua kali sebelum kahwin.
“Sebab nanti nak kahwin dengan Michael Ang macam mana… dia dan saya mulut laser tak sempat apa periuk dah berterbangan.
“Gaduh baik, gaduh baik… begitu tak bolehlah bila jadi laki bini,” katanya.
Dalam pada itu, Vida juga sempat menjelaskan yang dia kini lebih selesa hidup sendiri. Tambahnya anak-anak turut tidak mengizinkan dia bernikah lagi walaupun menurutnya mudah untuk mencari lelaki dengan hanya satu petikan jari. – BOOM!
Sumber: mStar