Datuk Hattan menerusi akaun media sosialnya berkongsi rasa bangga setelah anaknya, Adam Eiman naik ke pentas Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23) pada Ahad lalu.
Ini memandangkan Adam adalah komposer yang terlibat dalam pembikinan album Yonny Deluxe Version bersama-sama Yonnyboii dan Freddie laut setelah mereka diumumkan selaku pemenang bagi kategori Album Terbaik.
“Tahniah anak ayah, Adam Eiman serta rakan-rakan, Yonny dan Freddie,”- tulis Hattan menzahirkan kebanggaan seorang bapa.
Atas kemenangan itu, mereka membawa pulang habuan berupa Dana Kandungan Digital (DKD) berjumlah RM200,000 sumbangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) sebagai insentif kepada penggiat industri kreatif.
Sekadar info Adam atau nama sebenarnya Adam Eiman Mohd Shukri merupakan anak tunggal Hattan dan isterinya, Datin Arianie Mohd Abidin. – BOOM!