Nor Hidayah Mohd Ali , balu kepada Allahyarham Abam , mencuri perhatian di media sosial baru-baru ini selepas memuat naik video di TikTok yang menimbulkan tanda tanya. Video tersebut memaparkan Hidayah bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, sedang keluar berjalan-jalan.
Apa yang menarik perhatian ialah kemunculan seorang lelaki berbaju putih yang memimpin tangan Hamzah. Namun, Hidayah memilih untuk tidak mendedahkan identiti lelaki misteri itu dengan meletakkan pelekat emoji pada wajahnya sepanjang video tersebut.
@hidayah_hamzah Replying to @fifi rania ♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik
Menjengah ke ruangan komen, netizen mula berteka-teki dan ada yang mendoakan kebahagiaan Hidayah.
“Kalau betul itu kekasih baharu Hidayah, semoga bahagia. Semua orang berhak dapat peluang kedua,” ujar seorang pengguna TikTok.
Ini bukan kali pertama Hidayah mencetuskan tanda tanya. Sebelum ini, dia turut berkongsi momen sambutan ulang tahun kelahirannya bersama seorang lelaki yang menimbulkan desas-desus tentang kekasih baharunya.
Sebagai info, Hidayah berkahwin dengan Allahyarham Abam pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang anak, Hamzah, yang kini berusia enam tahun. Bagaimanapun, kebahagiaan rumah tangga itu berakhir apabila Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Adakah lelaki misteri ini benar-benar kekasih hati baharu Hidayah? Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut. – BOOM!