Spekulasi mengenai status balu penyanyi nasyid, Suhaimi Saad, akhirnya terjawab hari ini apabila Ina Naim disahkan bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal dalam majlis pernikahan yang berlangsung meriah, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Dalam beberapa video yang dikongsi oleh akaun TikTok, Telur Pindang Tradisi Johor, pengantin lelaki dilihat bersiap sedia untuk lafaz akad nikah, manakala hantaran yang disusun rapi oleh sanak saudara turut menambah seri majlis yang berlangsung.
@telurpindangtradisijohor alhamdullillah majlis pernikahan Ina Naim Dan Mohd Khairul Rizal #kotatinggi #nikah #majlis #inanaim #johorean #telurpindang ♬ bunyi asal – ️lirik lagu Sis Ena ️ – ✍️ lirik lagu Sis Ena
Ina Naim, atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim, 40, menerima mas kahwin berjumlah RM100 sebagai tanda ikatan baru yang dibina.
Duda anak dua itu turut menyerahkan sebentuk cincin, seutas gelang tangan serta wang hantaran berjumlah RM7,000.
Majlis resepsi pasangan yang baru berkenalan selepas Syawal lalu itu berlangsung meriah di kediaman pengantin perempuan, sejurus selesai akad nikah.
@telurpindangtradisijohor majlis pernikahan Mohd Khairul Rizal Dan Ina Naim #jdt #kotatinggi #nikah #majlis #inanaim #johorean #telurpindang #telurpindangsedap #jb ♬ Tujh Mein Rab Dikhta Hai FLUTE VERSION – लवडय
Di ruangan komen, rata-rata warganet tidak ketinggalan memberikan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan buat pasangan pengantin ini.
Sebagai info, Ina pernah mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Mohd. Suhaimi Saad pada 12 Ogos 2007. Namun, takdir memisahkan mereka apabila Suhaimi menghembuskan nafas terakhirnya pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Sepanjang 16 tahun hidup bersama, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah, dan Nur Layla Elghufrony yang menjadi penyeri hidup mereka. – BOOM!