Aktres terkenal Indonesia, Luna Maya mengakui secara tidak sengaja telah diperkenalkan dengan kondom sejak kecil lagi selepas secara tak sengaja meniup alat mencegah kehamilan dan penyakit bawaan seksual itu.
Ini kerana menurut Luna dalam temu bualnya bersama TS Talks memberitahu, dia pada awalnya menyangkakan objek tersebut adalah belon berdasarkan bentuk fizikalnya.
Bintang utama filem Janda Kembang berkenaan menjelaskan, dia terjumpa kondom milik bapanya yang disangkakan belon, lantas meniup untuk dijadikan bahan mainan.
“Saya terjumpa kondom milik bapa saya yang disangkakan belon lalu meniupnya. Tetapi rasanya aneh sehingga membuatkan bibir saya terasa kebas,” ujarnya menceritakan pengalaman lampau.
Kata pelakon berusia 38 tahun itu, dia akhirnya mengetahui bahawa sarung getah yang ditiupnya itu rupa-rupanya kondom tidak berapa lama kemudian.
“Jadi, sejak kecil saya sudah memegang dan merasai kondom,” katanya sambil ketawa besar. – BOOM!