Pernah memberi bayangan punca penceraiannya dengan pelakon Luqman Hafidz disebabkan orang ketiga, Nurul Atiqah bertindak lebih berani apabila mendedahkan wajah seorang wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan keruntuhan rumah tangga mereka.
Atiqah menerusi hantaran di Instagram, memuat naik foto seorang wanita dikenali sebagai Eryn Gani dan disertakan kapsyen ‘penyondol, victim (mangsa).
Antara komen yang menarik perhatian ialah, seorang individu mendakwa wanita terbabit sering menjaja cerita mengenai Atiqah.
Dakwa individu itu lagi, suaminya turut digoda wanita sama dan pernah memberi amaran kepadanya.
“She keep jaja saying that you pschyo, play victim sangat dia ya. I’ve warn her as well to stop bother my husband. Sibuk cari laki orang minta simpati cerita hal dia dianiaya konon,” tulis individu terbabit.
Selain hantaran di feed, Atiqah turut memuat naik foto Eryn Gani di Instagram Story dengan tulisan ‘dasar ***’.
Tinjauan BOOM! di IG mendapati, wanita dikenali sebagai Eryn Gani telah menukar tetapan laman sosialnya itu kepada mod privasi.
Sementara itu, tiada apa-apa kenyataan balas yang dimuat naik Luqman di laman sosialnya setakat ini.
Pada Disember tahun lalu, Luqman mendedahkan dia dan Nurul Atiqah sudah bercerai secara baik di mahkamah pada bulan Jun 2023.
Luqman dan Atiqah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2020 dan pasangan itu dikurniakan seoarang anak perempuan iaitu Eve Laura, 2, pada 6 Februari 2021. – BOOM!