Jisoo BLACKPINK terus mencuri perhatian sebagai duta global jenama mewah Dior apabila tampil anggun di pertunjukan fesyen Dior Haute Couture Spring-Summer 2025 di Paris.
Dalam acara penuh glamor itu, Jisoo dilihat mengenakan gaun hitam elegan yang dipadankan dengan jaket kulit pendek, serta dihiasi aksesori berbentuk klip bintang laut emas dan barret reben, melengkapkan penampilan bertemakan “coquette”.
Jisoo turut menarik perhatian ramai apabila duduk bersebelahan aktres popular, Anya Taylor-Joy, dengan kedua-dua bintang tampil serba hitam yang menyuntik aura keanggunan.
JISOO at the Dior Couture show.
JISOO DIOR COUTURE MUSE#JISOOxDiorCoutureSS25 pic.twitter.com/bWRnWG2GF3
— JISOO NEWS (@NEWSJISOO) January 27, 2025
Kehadiran Jisoo telah mencetuskan fenomena dalam talian apabila foto dan video beliau mula tular di media sosial seperti X.
she was hesitant about greeting anya she’s so cute???
JISOO DIOR COUTURE MUSE#JISOOxDiorCoutureSS25 pic.twitter.com/B03rSuueAc
— abc doremi rip (@PRODJlSOO) January 27, 2025
Peminat dari seluruh dunia membanjiri platform dengan pujian terhadap Jisoo, sekali lagi membuktikan pengaruh globalnya bukan sahaja dalam dunia muzik, tetapi juga sebagai ikon fesyen bertaraf antarabangsa. – BOOM!