Selepas mencetuskan kejutan dengan berita perceraian pada Oktober tahun lalu, penyanyi Kaka Azraff kini menjadi bualan ramai apabila dikatakan telah kembali rujuk dengan bekas suaminya, Adam Azriff.
Khabar ini hangat diperkatakan selepas Adam berkongsi foto mereka bersama dalam satu acara fesyen baru-baru ini. Dalam kapsyen Instagram, Adam meluahkan rasa cinta dan syukur atas ketentuan Ilahi terhadap jodoh mereka.
“Apabila mereka mengatakan segala-galanya telah pun tertulis, saya berdoa kepada Allah agar namamu tertulis di sebelahku. ‘I love you a trillion’,” tulisnya.
Rata-rata netizen meluahkan rasa gembira di ruangan komen, meraikan kebahagiaan pasangan ini.
“Cinta akan selalu menang. Alhamdulillah, sukanya lihat mereka kembali jadi suami isteri,” tulis seorang peminat.
Terdahulu, media melaporkan pasangan ini sah bercerai talak satu pada 28 Oktober tahun lalu, dengan proses dilakukan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga cahaya mata: Aslan (6), Aryan (4), dan Atta Adam yang kini berusia setahun.
Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada Kaka atau Adam setakat ini, ramai yang berharap pasangan ini telah berdamai. Adakah ini benar-benar permulaan baharu bagi cinta mereka? Sama-sama kita nantikan. – BOOM!