Pasangan suami isteri yang dituduh mendera anak angkat perempuan berusia 4 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi, semalam.
Pengasas kosmetik, Amira Hamzah, 28 dan suaminya seorang warga Singapura, Muhammad Fitri Jasmani Josmani, 30, masing-masing didenda sebanyak RM20,000.
Menurut Amira atau dikenali sebagai Myra Khan, dia dan Fitri sebenarnya tidak berniat hendak menzalimi kanak-kanak tersebut.
“Kami minta maaf, tiada niat untuk mendera, cuma pukul sebab nak pastikan dia makan, takut nanti dia kekurangan zat makanan,” katanya.
Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid memohon agar mereka dijatuhi hukuman denda dan penjara paling maksimum sebagai pengajaran.
ARTIKEL BERKAITAN: Myra Khan Dan Suaminya Mengaku Bersalah Dera Alia, Sebabkan Kecederaan Fizikal
Tambahnya, tertuduh sebagai penjaga didapati melakukan perbuatan zalim itu sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian badan, tangan dan kaki mangsa sejak April hingga Julai.
“Kanak-kanak itu masih kecil, tetapi mereka menggunakan alasan memukul hanya kerana isu remeh.
“Saya percaya kejadian itu akan menyebabkan mangsa akan mengalami trauma seumur hidup,” hujahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Bukan Lawan Kau!” – Sajat Sanggup Balik Malaysia, Belasah Wanita Rambut Pink Dera Alia
Selain itu, Fitri juga telah didenda RM10,000 atau penjara enam bulan selepas didapati tinggal melebihi tempoh dibenarkan di Malaysia pada 22 Julai lalu jam 2.30 pagi.
Difahamkan, kanak-kanak dikenali sebagai Alia itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan ibunya merupakan warganegara Indonesia. – BOOM!