Datuk Hattan tampil mempertahankan Ning Baizura susulan tular video memaparkan persembahan penyanyi itu yang didakwa kurang bagus baru-baru ini.
Menurut penyanyi berasal dari Negeri Sembilan itu, dia simpati atas nasib menimpa Ning Baizura.
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nyanyian Sumbang Dikritik, Respons Ning Baizura – “Mereka Tak Tahu Apa-apa!”
Katanya, banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang tidak boleh menyanyi dengan baik antaranya mungkin disebabkan menahan sebak sewaktu menyanyi.
“Aku simpati dengan dia. Masa aku lancarkan lagu 5 Oktober tahun lalu kan aku nyanyi sangkut (tak sampai). Sebab aku teringat anak Bob meninggal. Aku angkat jenazah dia.
“Separuh daripada lagu itu aku tidak dapat habiskan. Benda macam itu memang boleh mempengaruhi. Dia (Ning Baizura) aku tengok sudah dapat head voice, tetapi nampak dia hilang balik fokusnya pada nyanyian di tengah.
“Apa pun, aku yakin, dia sudah buat yang terbaik, jangan salahkan dia,” katanya.
Hattan berkata demikian pada malam pratonton filem terbaru lakonannya, Gadis Jolobu di sebuah kompleks beli-belah di Petaling Jaya malam tadi.
Tambah Hattan, tiada penyanyi yang ingin merosakkan persembahannya sendiri depan khalayak.
“Aku tidak suka tengok orang bantai dia, buli dia, kau ingat dia nak ke nyanyi macam tu?. Tak kot. Kadang-kadang, mereka pun tidak mahu jadi macam itu.
“Aku tengok video Ning, bila kita capai satu tahap umur, dia lost dia punya head voice. Ning perlu merujuk Siti Khairani untuk mendapatkan kekuatan vokalnya.
“Aku tidak salahkan dia. Mungkin dia sudah terlampau letih. Sebab aku baca, dia sudah nyanyi 20 lagu untuk empat malam berturut-turut.
“Kita tidak boleh nak expect apa-apa. Maafkan dia, pasal, orang perempuan kalau sudah beranak lagu susah nak menyanyi macam biasa,” katanya.
Untuk rekod, Ning Baizura mengaku sejak dulu menyanyi lagu Awan Yang Terpilu dia akan sebak kerana terkenangkan arwah bapanya. – BOOM!