Bukan hanya bersinar sebagai penyanyi dan penari, Lisa BLACKPINK kini melangkah ke dunia lakonan! Dalam temu bual bersama majalah V Magazine, Lisa mendedahkan pengalamannya buat kali pertama berlakon menerusi siri terkenal, “The White Lotus 3”.
Menurut Lisa, pengalaman tersebut merupakan sesuatu yang sangat baru dan mencabar baginya.
“Ini adalah projek lakonan pertama saya, jadi pada awalnya, saya perlu menyediakan begitu banyak perkara. Ia adalah dunia baru untuk saya. Saya sangat keliru.” ujar Lisa.
Namun, Lisa berkongsi bahawa dirinya menerima sokongan besar daripada semua pihak di set penggambaran.
“Pada hari pertama penggambaran, semua orang sangat memberikan sokongan. Mike White (pengarah)…saya sayang dia. Dia sangat chill dan sering memberitahu bahawa saya telah melakukan kerja yang baik. Saya tak percaya,” jelas Lisa lagi dengan nada gembira.
Dalam “The White Lotus 3”, Lisa akan memegang watak Mook, seorang pengurus hotel, penari, dan mentor kesihatan. Siri ini dijangka mula ditayangkan pada 16 Februari nanti.
Peminat pastinya tidak sabar untuk melihat sisi baru Lisa dalam bidang lakonan. Adakah watak Mook akan menjadi permulaan untuk Lisa terus melebarkan sayap dalam industri ini? Nantikan!
Sumber: V Magazine